Berdasarkan rentetan sejarah awal seni bina , binaan atau bangunan terawal di Tanah Melayu ialah Chandi. Chandi merupakan salah satu peninggalan sejarah yang menunjukkan bahawa Kepulauan Melayu telah mula membina bangunan . Chandi merupakan tempat ibadat, berkumpul, pertemuan dan sebagainya. Namun entri saya kali ini ingin menunjukkan seni bina masjid tertua di Malaysia yang mana penuh dengan nilai sejarah dan pengaruh budaya.
Masjid
Kampung Hulu merupakan
sebuah masjid yang terletak di
tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka .
Dibina
dalam tahun1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah Masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada
di tapaknya yang asal. Masjid
ini terletak di persimpangan Jalan
Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini
dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum cina.
Masjid
inidibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh
Syarikat Hindia Timur Barat (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah
kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar
kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624,penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511,
memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan bukan kristian di Melaka. Antara
yang dimusnahkan oleh Portugis adalah Masjid yang pertama dibinadi Melaka, yang kononnya
terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys
sekarang.
Pemerintah
Belanda telah menugaskan Kapitan
untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang
pendatang dari China yang telah memeluk Islam, ditugaskan pemerintah Belanda
untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh
Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.
Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian
budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam
senireka Masjid Kampung Hulu.
Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan
bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini
membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa
lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan
kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula
jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.
Struktur
bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya
membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini
dipengaruhi oleh senireka Jawa
, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa,
sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu.Masjid ini juga mempunyai tembok rendah
yang memagarkan kawasan masjid.
Seperti
banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid
ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan Dinasti Ching juga digunakan.
Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri
senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang
Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh
tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian
dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat
ukiran berkonsepkan sulur
bayur dan awan larat Masjid ini adalah
antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet
Gambar ini merupakan gambar lama yang boleh dikatakan gambar di awal pembinaan Masjid Kampung Hulu |
Gambar Masjid Kampung Hulu Melaka dari sudut hadapan |
Dalam Islam, air merupakan satu elemen yang digunakan untuk mengubati
penyakit Sama ada penyakit rohani atau jasmani
Di kalangan masyarakat Melayu khususnya, penggunaan air
jampi menjadi satu alternatif terapi merawat penyakit di samping mendapatkan
rawatan doktor. Air putih akan dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seseorang
yang berilmu atau alim, serta diniatkan untuk merawat penyakit tertentu. Kaedah
rawatannya ialah sama ada minum, menyapu muka, renjis di tempat yang sakit atau
dimandikan dengan air jampi tersebut.
Bagi memastikan proses pengubatan berjalan dengan lancar dan
sempurna, ada sesetengah pihak menyarankan supaya menggunakan air yang diambil
dari kolah masjid untuk dijampi. Dengan kata lain, ia adalah air lebihan wuduk
dan dianggap mempunyai lebih keberkatan. Pada waktu dahulu, kebanyakkan tempat
mengambil wuduk hanya di kolah dan tidak menggunakan paip tetapi kolah atau
kolam mestilah besar dan mempunyai isapadu air yang mencukupi
Kolah/Kolam yang digunakan oleh para jemaah untuk mengambil wuduk
The pool for wudhuk (ritual purification by water)
at the mosque of Kampung Hulu
|
KELEBIHAN AIR KOLAH MASJID KAMPUNG HULU
Masyarakat setempat mempunyai kepercayaan bahawa air kolah
masjid ini mujarab untuk dijadikan sebagai penawar penyakit. Fenomena ini dapat
dilihat dengan jelas apabila setiap hari, ramai yang datang ke sana untuk
mendapatkan air kolam tersebut untuk dijadikan sebagai penawar.
Kebanyakan yang datang membawa beberapa botol dan tong
kosong untuk diisi dengan air kolah tersebut. Malah, anak-anak kecil sering
kali dilihat dimandikan terus oleh ibu bapa masing-masing di tepian kolah yang
berukuran 15 meter persegi itu.
Ketika Admin ke sana beberapa bulan yang lepas, admin ada
bertanyakan kepada seorang mak cik ini kenapa mandikan anak mereka menggunakan
air kolah ini sedangkan terdapat sumber air dari paip di bilik mandi. Mak cik itu
menjelaskan bahawa air kolah ini mempunyai keunikan dan kelebihannya yang
tersendiri berikutan anak kecilnya it sering menangis di waktu malam.
Ada jugak mengambil air tersebut dan meminta imam atau
ustaz-ustaz yang beritikaf di masjid itu untuk menjampikan air tersebut dengan
doa-doa dan ayat suci Al-Quran.
Keistimewaan air masjid yang dibina pada tahun 1720 ini juga
dilihat telah menembusi sempadan antara agama apabila orang bukan Islam juga
turut mengambil air ini untuk merawat penyakit.
Menurut
imam Masjid Kampung Hulu, Haji Ehyad
Bin Elias rawatan menggunakan air
bukanlah sesuatu yang khurafat tetapi ianya merupakan syariat yang
diperturunkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Semasa hayat baginda, Rasulullah sering menggunakan air
lebihan wuduk untuk merawat penyakit seperti sihir dan demam, sama ada kepada
diri baginda sendiri ataupun sahabat-sahabatnya. Kaedah itulah yang menjadi
ikutan oleh masyarakat Islam sehingga kini.
Di sekolah dahulu cikgu ada mengatakan bahawa sekiranya kita sedang minum jangan bercakap sesuatu yang tidak elok atau mengumpat orang lain kerana air adalah perakam yang hebat. Jadi tidak mustahil air kolah di masjid mujarab sebagai elemen perubatan kerana sering dialuni oleh alaunan bacaan ayat suci Al-Quran .
Air masjid ini bukan sahaja diambil oleh orang kebanyakkan tetapi juga golongan profesional malah doktor juga ambil air tersebut sebagai alternatif perubatan. Hal ini demikian kerana tidak semua penyakit boleh diubati dengan ubat di hospital terutamanya melibatkan sihir dan benda-benda ghaib.
Perigi Lama. Perigi atau terletak di dalam Masjid Kg. Hulu dan berdekatan dengan kolah/kolam megambil wuduk |
Peta untuk ke Masjid Kg Hulu. Rujukan peta atau menggunakan aplikasi navigasi sangat penting kerana di Bandar Melaka banyak jalan sehala. |
Makam Sayyid Abdullah Al-Haddad |
Masjid "Niat" |
Di kawasan masjid juga terdapat kubur seorang tokoh agama tahun 1800-an bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad, yang dianggap beberapa golongan sebagai wali.
Gambar menunjukkan pintu masuk utama Masjid Kampung Hulu dan dekorasi,seni bina bahagian dalam masjid. Masjid ini merupakan masjid yang tertua di Malaysia yang masih mengekalkan bentuk asalnya. |