7 February 2015, kali ini admin bersama anak saudara
dan beberapa rakan hiking telah pergi ke Gunung Datuk, bagi melepaskan
"gian" selepas terkena sampukan Gunung Angsi 2 minggu sebelumnya.
Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian
setinggi 885 meter (2,900 kaki).
Gunung Datuk mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan
Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai
perubatan.
Gunung Datuk merupakan antara gunung tertinggi di Negeri Sembilan. Kelebihan Gunung Datuk ialah memiliki pemandangan yang cantik apabila pendaki tiba di puncak. Sekiranya cuaca baik, pendaki dapat melihat Selat Melaka. Gunung Datuk juga dikatakan banyak sejarah,kisah mistik dan lagendanya tersendiri. Di puncaknya terdapat bekas tapak kaki manusia yang dikatakan milik Hang Tuah.
Disebabkan telah berlatih di Gunung Angsi yang lebih panjang trailnya ,pendakian kami ke puncak Datuk hanya memakan masa1jam45minit. WOW! boleh dikatakan laju juga untuk "newbie" macam kami.
Pada waktu ini angin sangat kuat dan sejuk. Menggigil dan biru bibir dibuatnya walaupun matahari sudah mencarak.
Membiasakan diri dahulu sebelum ke puncak yang paling tinggi. Angin sangat kuat terduduk dibuatnya! |
Tangga disediakan untuk pendaki ke puncak.
Sekian.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan