ALHAMDULILLAH.MISI SELESAI.1 MARCH 2015 permulaan yang baik.
Perjalanan dimulakan di awal pagi. Pendakian kali ini agak menarik kerana dapat
menikmati terbitnya fajar di Puncak Gunung Datuk. Setelah selesai mengisi perut
dengan beberapa keping roti, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Rembau dan
Gunung Datuk. Trailnya boleh dikatakan agak mencabar. Pergerakan kami sering
kali dikejutkan dengan libasan manja duri tajam yang tumbuh liar sepanjang
perjalanan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Dan.......tiba sahaja kami puncak gunung
Datuk....SUBHANALLAH..PRICELESS!
Selepas selesai subuh di puncak, kami menikmati sarapan pagi sambil menunggu guide( rakan HACAM) Untuk ke puncak Gunung Gagak dan Rembau. Semasa kami memulakan pendakian bro Amer,baru bangun tidur dan masih dirumahnya di Melaka. Alangkah terkejutnya kami apabila beliau sudah terpacak di puncak tidak lama selepas menghabiskan beberapa keping roti.wow!!!"mamat nie berlari ke apa"! memang penunggu Datukla ceritanya.
Kami pun meneruskan perjalanan ke Gunung Gagak dan Rembau. Pada permulaan pendakian, hati ini sudah mula berkata "rasa nak nak patah balik..je" TAPI disebabkan anak muda(anak saudara saya) jauh memacu ke depan...membuat diri ini termotivasi. "ceh malulah kalau aku pancit". Peluh mula berjurai kembali...trail yang tadi sebelumnya hanya mendaki akhinyar dselangi dengan trail yang landai dan sedikit menurun. "logo acik kau!"
Gambar di atas ketika perjalanan ke Gunung gagak. Floranya sedikit berbeza berbanding di Gunung Datuk. Mungkin ianya jarang dimasuki oleh orang. |
PUNCAK GUNUNG GAGAK |
PUNCAK GUNUNG REMBAU |
Jelas menunjukkan bahawa trail ini jarang digunaka, Kami terpaksa menyusup dan merangkak untuk melepasi semak yang agak tinggi dan tebal |
Our guide menunjukkan Y junction yang selalu menyebabkan pendaki sesat. |
Sebelum saya akhiri entri kali ini, suka saya untuk berkongsi gambar bekas tapak kaki Hang Tuah yang menjadi kisah Lagenda di Puncak Gunung Datuk. Mengikut sejarah puncak gunung ini pernah digunakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang, iaitu tokoh penting yang menyusun Adat Perpatih di negeri ini, sebagai lokasi tempat berkumpul semua ketua adat dan pengistiharaan gelaran serta nama penyandang Datuk Lembaga Adat pada tahun 1372.
Apabila berada di kawasan pergunungan ini sila jaga adab dan tutur kata. Jangan berlagak sombong atau sebagainya. Ramai yang kehilangan arah dan sesat di gunung ini sedangkan trailnya boleh dikatakan agak mudah untuk diingati. Tidak mustahil untuk penghuni alam ghaib yang sudah lama menghuni di situ bertindak untuk menghukum mereka yang lantang dan tidak menjaga adab di tempat orang.
Bayaran permit untuk memasuki hutan simpanan kekal ini adalah sebanyak RM 5.00 sahaja. Pendaftaran sangat penting untuk memastikan kehadiran atau pendakian anda diketahui dan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
The trail to Gagak and Rembau was filled with merciless
thorns, thick undergrowth and also hanging roots/bamboo that grows horizontally
across the trail which frequently entangled our feet and caused us to lose our
footings. Nevertheless, the excitement of exploring a new trail motiavted us
even if it requires us to go down crawling on all four.
Salam , trek tak clear sangat ke?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamLeh bagi tau sape tak utk guide naik gunung gagak dan rembau
BalasPadam