Isnin, 16 Mac 2015

MASJID KAMPUNG HULU MELAKA




Berdasarkan rentetan sejarah awal seni bina , binaan atau bangunan terawal di Tanah Melayu ialah Chandi. Chandi merupakan salah satu peninggalan sejarah yang menunjukkan bahawa Kepulauan Melayu telah mula membina bangunan . Chandi merupakan tempat ibadat, berkumpul, pertemuan dan sebagainya.  Namun entri saya kali ini ingin menunjukkan seni bina masjid tertua di Malaysia yang mana penuh dengan nilai sejarah dan pengaruh budaya.


Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka TengahMelaka .
Dibina dalam tahun1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah Masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid  ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum cina.
Masjid inidibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda  semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Barat (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624,penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan bukan kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah Masjid  yang pertama dibinadi Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys  sekarang.



Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam,  ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.
Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu.


 Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.
Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka Jawa , Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu.Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.


Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur dan awan larat  Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet


Gambar ini merupakan gambar lama yang boleh dikatakan gambar di awal pembinaan Masjid Kampung Hulu





Gambar Masjid Kampung Hulu Melaka dari sudut hadapan


Dalam Islam, air merupakan  satu elemen yang digunakan untuk mengubati penyakit Sama ada penyakit rohani atau jasmani
Di kalangan masyarakat Melayu khususnya, penggunaan air jampi menjadi satu alternatif terapi merawat penyakit di samping mendapatkan rawatan doktor. Air putih akan dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seseorang yang berilmu atau alim, serta diniatkan untuk merawat penyakit tertentu. Kaedah rawatannya ialah sama ada minum, menyapu muka, renjis di tempat yang sakit atau dimandikan dengan air jampi tersebut.


Bagi memastikan proses pengubatan berjalan dengan lancar dan sempurna, ada sesetengah pihak menyarankan supaya menggunakan air yang diambil dari kolah masjid untuk dijampi. Dengan kata lain, ia adalah air lebihan wuduk dan dianggap mempunyai lebih keberkatan. Pada waktu dahulu, kebanyakkan tempat mengambil wuduk hanya di kolah dan tidak menggunakan paip tetapi kolah atau kolam mestilah besar dan mempunyai isapadu air yang mencukupi





Kolah/Kolam yang digunakan oleh para jemaah untuk mengambil wuduk
The pool for wudhuk (ritual purification by water) 
at the mosque of Kampung Hulu



KELEBIHAN AIR KOLAH MASJID KAMPUNG HULU

Masyarakat setempat mempunyai kepercayaan bahawa air kolah masjid ini mujarab untuk dijadikan sebagai penawar penyakit. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas apabila setiap hari, ramai yang datang ke sana untuk mendapatkan air kolam tersebut untuk dijadikan sebagai penawar.
Kebanyakan yang datang membawa beberapa botol dan tong kosong untuk diisi dengan air kolah tersebut. Malah, anak-anak kecil sering kali dilihat dimandikan terus oleh ibu bapa masing-masing di tepian kolah yang berukuran 15 meter persegi itu.
Ketika Admin ke sana beberapa bulan yang lepas, admin ada bertanyakan kepada seorang mak cik ini kenapa mandikan anak mereka menggunakan air kolah ini sedangkan terdapat sumber air dari paip di bilik mandi. Mak cik itu menjelaskan bahawa air kolah ini mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri berikutan anak kecilnya it sering menangis di waktu malam.
Ada jugak mengambil air tersebut dan meminta imam atau ustaz-ustaz yang beritikaf di masjid itu untuk menjampikan air tersebut dengan doa-doa dan ayat suci Al-Quran.


Keistimewaan air masjid yang dibina pada tahun 1720 ini juga dilihat telah menembusi sempadan antara agama apabila orang bukan Islam juga turut mengambil air ini untuk merawat penyakit.


Menurut imam Masjid Kampung Hulu,   Haji Ehyad Bin Elias  rawatan menggunakan air bukanlah sesuatu yang khurafat tetapi ianya merupakan syariat yang diperturunkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semasa hayat baginda, Rasulullah sering menggunakan air lebihan wuduk untuk merawat penyakit seperti sihir dan demam, sama ada kepada diri baginda sendiri ataupun sahabat-sahabatnya. Kaedah itulah yang menjadi ikutan oleh masyarakat Islam sehingga kini.

Dalam surah Anbiya' Ayat 30 juga ada menjelaskan bahawa dua pertiga dalam tubuh manusia adalah air dan asal usul manusia juga daripada air. Disebab itu air juga antara unsur yang mujarab dalam menyembuhkan penyakit.

Di sekolah dahulu cikgu ada mengatakan bahawa sekiranya kita sedang minum jangan bercakap sesuatu yang tidak elok atau mengumpat orang lain kerana air adalah perakam yang hebat. Jadi tidak mustahil air kolah di masjid mujarab sebagai elemen perubatan kerana sering dialuni oleh alaunan bacaan ayat suci Al-Quran .

Air masjid ini bukan sahaja diambil oleh orang kebanyakkan tetapi juga golongan profesional malah doktor juga ambil air tersebut sebagai alternatif perubatan. Hal ini demikian kerana tidak semua penyakit boleh diubati dengan ubat di hospital terutamanya melibatkan sihir dan benda-benda ghaib.


Perigi Lama. Perigi  atau terletak di dalam Masjid Kg. Hulu
dan berdekatan dengan kolah/kolam megambil wuduk


Peta untuk ke Masjid Kg Hulu. Rujukan peta atau menggunakan aplikasi navigasi sangat penting kerana di Bandar Melaka banyak jalan sehala.



Makam Sayyid Abdullah Al-Haddad


Masjid "Niat"

Masjid ini juga sering dijadikan sebagai tempat membayar niat atau bernazar.


 Di kawasan masjid juga terdapat kubur seorang tokoh agama tahun 1800-an bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad, yang dianggap beberapa golongan sebagai wali.




Gambar di sebelah kanan menunjukkan tangga kecil yang dibina untuk membuat pukulan beduk bagi menandakan sesuatu perkara seperti kematian,telah masuk waktu berbuka puasa dan seumpamanya. Gambar di sebelah kiri juga menujukkan pintu masuk utama ke manara. Ianya kecil berbanding pintu-pintu lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa ianya bukanlah tempat awam tetapi hanya orang-orang tertentu yang ditugaskan sahaja menggunakannya seperti siak,bilal atau imam.






Gambar menunjukkan pintu masuk utama Masjid Kampung Hulu dan dekorasi,seni bina bahagian dalam masjid. Masjid ini merupakan masjid yang tertua  di Malaysia yang masih mengekalkan bentuk asalnya. 

1 ulasan:

  1. Makam Sayyid Abdullah Bin Sayyid Abu Bakar Bin Sheikh Abu Bakar Bin Salim terletak sebelah kiri hadapan masjid

    BalasPadam